LOST

 In few months ni aku lost.. Aku macam tak semangat.. Aku ada plan itu ini tapi satu benda pun aku tak buat.. Aku biarkan Ramadhan berlalu tanpa aku memanfaatkannya.. sedih bukan? 

Selamat Hari Raya btw. 

Aku masih stalk K sampai sekarang.. kakak ipar dia ke, abang dia ke, WIFE dia sekalipun.. aku stalk nak tengok dia yang sekarang. Kenapa sampai macam ni sekali kan.. rindu? Entah.. mungkin sebab tak berdamai dengan takdir Allah.. masih ada what if what if dalam otak. Sometimes aku rasa, aku masih akan bersama dengan dia akhirnya.. wow gitu macam penyondol hahahah

Hari ni mak aku bagitahu cousin sebaya aku nak tunang. Aku macam tersentak.. terus aku aktifkan diri dekat dating apps. And teringat masa aku bagitahu mak aku nak kahwin dengan K. K je yang serius. Sampai aku lukakan hati dia yang paling dalam. Adakah dia masih terluka? Ke dia rasa adakah aku masih terluka? 

Aku kan.. just nak rasa tenang je. Dan dicintai dengan orang yang tepat. dan kurus. Kadang rasa permintaan aku ni terlalu berat nak dipikul. Ada je rasa taknak kahwin sebab hati memang dekat K je. So kat syurga macam mana? K dah ada isteri.. mesti dia nak jumpa isteri dia je kat syurga. Aku? Aku ada pasangan ke kat syurga? Kat dunia ni hukuman aku ke? 

Allah tahu. Allah tahu. Allah tahu aku bukan baik sangat pun. Nak mintak macam kat Allah pun malu. 

Ya Allah jika kau mendengarku, aku nak ada pasangan Ya Allah.. boleh bercerita dan nasihat aku. Hormat aku dan ikhlas denganku. Tolong aku Ya Allah.. aku nak jadi orang baik dan menurut perintahMu. 

K takkan datang balik. Tapi kalau dia datang balik, aku memang nak dia je. 


Mistakes by Mistakes

Lately ni kan aku banyak buat silap.. dan kesilapan aku mesti disedari oleh HOD aku.. seperti hari ni. haizzzz aku salahkan diri aku jelah sebab sememangnya memang salah aku.. Lepas ni aku kena jadi lebih rajin, lebih teliti untuk kurangkan kesalahan yang aku buat. Cukup lah dah 2 kali.. jangan ada yang kali ketiga. Betul2 kena ni. Banyak dosa sebenarnya.. tu yang kerja pun affected.. Tak salahkan sesiapa.. ini memang salah diri sendiri 100% Takpe lepas ni kita ubah untuk jadi orang yang lebih efisien okay! Apa pun yang terjadi, kita kena jadi lebih tabah. All the best Hanis!

Pilihan

 Ya Allah, aku tak layak ke nak seorang yang handsome mata sepet pandai educated untuk keturunan ku? 

Kalau aku dengan arean firdaus tu memang macam langit dengan bumi ke? Tak sesuai ke ya Allah? 

Apa hikmah disebalik semua ini? 

Kenapa bukan K ya Allah yang boleh bimbing aku? 

Kenapa Ya Allah? Aku tak sesuai dengan orang yang handsome ke? 

Ya Allah, apa rahsia Mu yang aku tak tahu? 


Rejection

 Sejak putus dengan K. aku jadi terlalu memilih. Sebab aku tahu aku nak orang macam mana. 

Aku baru je unfollow someone sebab dia tak reply dm aku dah and aku sebenarnya tak tahu nak communicate macam mana. aku nampak dia dah start macam dating with someone. so aku choose to unfollow sebab aku rasa dia jauh untuk digapai and another rejection will hurt me so much. so better aku avoid. 

Sebenarnya apa yang aku perlu buat bila aku minat someone? aku pernah je directly cakap nak kenal someone lepastu kena 'soft' rejection. entah betul kena reject tapi aku tahu kalau aku take step further mesti aku lagi sakit. 

Apa harus aku buat untuk pikat orang? aku serius tak pandai. 

Mungkin aku kena mulakan dengan diri aku. jadi cantik. kuruskan badan. 

inilah masanya. so kiranya arean firdaus ni jadi reason aku kurus. sebab aku nak pikat orang. what if bila aku kurus pun orang taknak aku? 

Salah ke aku ada pilihan aku sendiri. aku serius suka dekat arean firdaus ni.. tapi sebab dia handsome je ke???? haizzzz tak pernah nampak dia post pergi solat ke apa ke.. sibuk pergi konsert je.. hahahahhahaahahaha -..-' 

rindu gak dengan jekfer tapi dia terlalu dry.. ye tu sebab aku blah dari dia.. sebab dia dry! kau kena ingat tu hanis. dia pun tak function hahahaha kita reject orang jugak dalam masa yang sama. 

Ya Allah.. harap orang seterusnya yang hati ni suka ialah orangnya ya Allah.. bantulah aku ya Allah. 

Maafkan semua yang lalu.

Sampai saat ini.. aku masih stalk K. Aku selalu fikir "what if aku macam ni, what if aku macam tu" aku masih dengan K. Aku jealous dengan wife dia. mesti dia happy dengan K. confirm. Aku nak ada partner. Aku nak kahwin. Masalahnya, aku. Aku bukan orang yang baik. Sesuai ke aku nak jadi partner orang? ada orang ke mampu nak terima aku yang biasa ni. Tak ada yang special. Selalu buat benda sia2. Hurmmm.. Penatlah. Aku penat dengan diri aku sebab tak berusaha jadi baik. Sampai bila aku nak menangisi pemergian K? Sampai bila? Aku memang sayang K. Aku rindu dia hari2. Bila matahari menyinari disebalik tirai, hati ni terus teringat K. Petang yang indah itu sentiasa ada K. Setiap kali hujan, pesanan K sentiasa menemani. K ada dalam perjalanan hidup ni. Version K yang aku sayang. Aku sayang K sampai bila2. Itu yang selalu dalam hati ni. Aku rasa aku macam dah lost. Lost untuk hidup. Aku yang serba kekurangan. Aku yang tidak bersikap baik. aku yang tidak pantas dijadikan teman. Mungkin Tuhan jugak tidak mahu berjumpa dengan ku. Takut.

Jika dipilih, jadilah yang terbaik.

Ayat ni membuat aku tersentak. Aku sedar aku tak cuba jadi yang terbaik semasa dengan K. K tu macam benchmark untuk hal relationship yang aku nak. Satu pengajaran yang tak akan aku lupa sampai bila2... K pun dah kahwin. Menyesal? Ada. Aku rasa aku single je sampai mati. Mungkin ajal jemput dulu. Moga diri ini kental nak hidup sorang sampai bila2.

You wont be treated as you wanted.

Dari dulu masa couple pun semua aku yang plan.. nak pergi sana, nak pergi sini.. Dengan kawan pun sekarang, aku yang kena ajak dan aku yang kena drive sebab aku yang ajak kan.. so kadang2 aku malas nak ajak.. aku penatlah macam ni... aku nak sangat pergi pantai.. tapi orang yang aku ajak pergi tanpa aku.. takpelah.. better to hide everything...

Ramadhan 2024

Aku mensia-siakan 2 hari Ramadhan... apa yang aku telah fikirkan? itu yang betul2 tersia.. bagaimana dengan hari2 ramadhan yang lain? banyak kali mahu berubah.. entahlah aku ni.. hati macam dah teruk sangat... Ya Allah.. bagaimana aku nak menebus segala dosa ku ni? seperti tak habis2.. adakah doaku Kau terima? Adakah kau masih mahu mengampuniku? Sesungguhnya imanku sememang lebih nipis dari kulit bawang.. Macam mana nak berubah menjadi hamba yang disayangi oleh Mu? Macam mana nak jadi orang baik? Aku nak rasa kemanisan Ramadhan ni... aku nak rasa ya Allah.. aku taknak sia-siakan.. Aku nak doaku kau terima Ibadahku diterima olehMu.. Aku nak rasa kemanisan iman tu.. Aku nak hati yang tenang.. aku nak doa dimakbulkan oleh Mu.. Aku nak jadi yang terbaik.. Nak berubah.. nak jadi rajin Nak menjadi manusia yang berguna.. ada empathy.. Ya Allah.. aku ingin dikelilingi dengan orang baik untuk bawa aku ke Jalan Mu.. Jika ada satu cara untuk aku buang memori dosa ni, bantulah aku Ya Allah.. Aku nak jadi yang terbaik untuk Mu.. aku nak Kau menyayangiku.. Teruslah menyayangiku ya Allah.. Sayangilah aku ya Allah.. Ampuni aku, segala dosaku..

Realisation.

Masa relationship dengan K, aku sedar aku tak jadi diri aku 100%. Aku banyak tak terus terang dengan dia. Aku tahu dia perasan benda tu, sebab tu dia rasa aku bukan lah perfect match untuk dia. Dia tanya kenapa aku pakai braces? aku jawab untuk confident.. confident?? hahahaa.. aku boleh je cakap yang gigi aku memang tak cantik dulu, senget benget.. gusi problem.. dia just nak tahu je... aku buat tauhu begedil.. dia tanya kenapa buat tauhu begedil tu.. aku jawab saje je.. saje je??? actually sebab dia cakap dia suka makan begedil dekat kedai mana tah.. lupa.. dengan tempe tak silap... hahahha aku tahu aku patut berterus terang je dengan dia.. aku patut build the trust between us.. sebagai insan yang banyak kelemahan.. banyak kena discuss dengan dia. banyak lah benda yang menyedarkan aku.. kerana K.. Orang yang aku inginkan jadi suami aku.. ilmu agamanya.. senyumannyaa.. Kalau K datang balik, kau nak dia? Semestinya.. jahat ek aku nak runtuhkan masjid orang... hahahha Maafkan aku ya Allah. Maafkan aku.

2024

Tak mudah nak melupakan K. Tak mudah nak terima. Ada saje perasaan datang bersilih ganti. Ujian hati. Tak sedar semua ni pinjaman dunia. 2 tahun menunggu. Menunggu K yang akhirnya bertunang dengan orang lain. Perit dia hanya tuhan sahaja tahu. Mungkin kifarah untukku yang banyak dosa.
seronok dah tahu kena block? on your birthday?

Delusional.

Semalam aku notice K dah delete instagram dia. Kenapa? sebab aku try untuk reach dia kat situ? Aku sedih gila. Kadang aku tak tahu apa yang aku nak. aku tahu.. aku nak K balik. aku nak K. hari-hari ingat K. macam dah kena jampi. rasa macam sekarang tak tahu nak buat apa. tak tahu nak melepaskan macam mana. buntu. aku memang bodoh fikir apa aku buat boleh lembutkan hati dia. makin lari orang tu. Macam mana? macam mana nak hilangkan semua ni? aku penat sebenarnya. aku sayang K. sampai ada niat nak bernazar untuk K datang balik. banyak kekurangan diri aku ni. aku nak orang boleh membimbing aku, sabar dengan aku. kadang terbayang diri aku lemas dan menunggu untuk ditarik. sakit hati dengan diri aku sendiri. tak mampu melawan segala perasaan. aku melawan takdir dan tersepit sendiri. K buat yang terbaik, dengan menjauh. aku tak boleh terima. kenapa Allah jadikan aku macam ni? ya Allah, adakah Kau mendengarKu? macam mana ya Allah dia tak akan wish birthday. dia dah tak peduli. dia dah jumpa cinta yang baru. hati aku tetap sakit. macam mana aku nak hadap tengok dia kahwin dengan orang lain? macam mana??? this week ada wedding.. rasa tak nak pergi sebab malas nak jawab semua soalan. bila apa semua. faham tak aku tak layak dicintai, tak layak dipertahankan? takde siapa sanggup terima aku yang gemuk buruk ni.

Melepaskan kali ke sejuta

I'm trying to let go, finally. Panasnya hari ni. fuh. Hari ni aku on balik satu dating apps ni.. dan aku lihat dia dah tutup akaun tu. Dalam hati aku, dia dah ada someone ke? Hari ni aku berazam aku dah taknak tahu pasal dia. Aku nak buat benda sama yang dia buat dekat aku. Privatekan semua socmed. Aku nak betul2 lupakan dia walaupun aku rasa aku tak kuat pun. Aku unprivate semua pun sebab aku nak dia tengok. Sebab ada satu sisi aku ni aku nak share semua dengan dia Aku nak dia tahu apa aku buat.. walaupun dia tak tengok pun (dalam hati aku ni berharap nak dia tengok walaupun aku tak tahu) Aku tahu aku akan sayangkan Kamal sampai bila-bila Hanya Allah yang tahu. Allah yang tahu. Allah yang tahu. Kali ni aku taknak toleh ke belakang lagi. Kalau dia betul orangnya, Allah akan bawa dia kembali dalam hidup aku. Allah tahu. Allah tahu. Allah tahu. Sakit betul rasanya nak melepaskan sesuatu yang kita sayang. Dah nak 2 tahun menyimpan segala rasa. Ini jalan yang aku pilih, yakin Allah akan beri yang lebih baik. Sekarang fokus dengan diri aku, kerjaya aku. Try lah juga mencari. Allah pasti akan beri yang terbaik. Kalau dia datang balik, Allah punya kuasa. Akan ku hargai seutuhnya. Takkan ku ulangi perangai lama. Allah je tahu. Hanya padaMu sahaja ya Allah aku bermohon untuk segala yang terbaik.

1 tahun 5 bulan

I don't know what I want. I dont know what I need. After him, I try to fall in love again. I did. I met a new guy. But at the same time, I bring K in me. How? I keep our memories alive. Aku tahu aku tak pernah lupakan dia. Aku cuma hidup tanpa dia. Aku stuck dalam new relationship tu. Aku tak tahu macam mana nak keluar sebab aku tahu aku tak boleh cintakan dia seikhlas hati. Aku jahat. Akhirnya aku berjaya keluar, dan aku doakan kebahagiaan dia. Biarlah ia nampak macam salah aku. Aku tak kisah. Hati aku juga berbolak balik. Aku rasa for now, aku tak perlu bercinta dulu. Aku nak fokus dekat diri aku. Aku nak betul2 ready dari segi emosi bila aku kenal orang baru. At the same time lepas putus tu, aku keep on remembering K. Seperti aku cakap mula2, aku tak pernah lupakan dia. AKu luahkan segala isi hati. Jawapan dia? Dia block aku. Aku dah tak ada access dah. Aku ni macam tak faham bahasa kan. The only place to update of his life, twitter dia. Tapi akhirnya, dia private. Hari2 aku tengok tweet dia. Aku rasa puas. Tapi hati aku mati bila dia private. Dia akan private bila jumpa someone. So thats it. Aku dah tak ada peluang. Aku ingatkan diri aku, itu petunjuk Allah. Aku sedih sebab itu jawapannya. Dia bukan untuk aku. Tapi jauh di sudut hati, aku meminta Allah masih pinjamkan dia untuk aku. Aku kena menulis semua ni. Sebab aku rasa berat sangat dalam hati ni. Mengetahui Allah tahu apa yang ada dalam isi hati aku, Allah tahu apa yang ada dalam isi hati dia, bukankah itu sudah cukup membuktikan semuanya? Aku ni nak apa sebenarnya? Aku rasa aku tak ikhlas dalam menyayangi orang. Aku ada selfish trait aku. Aku sayangkan K tapi aku seperti tak ikhlas menyayangi dia. Aku cari orang lain and buat cara bercinta tapi aku tak boleh mencintai dia. teruknya aku. Aku cari K balik tapi Allah tahu apa yang aku lakukan. Aku tak salahkan K dia nak block aku, pergi jauh dari hidup aku, itu semua Allah yang beri dia petunjuk. Aku yang kena ubah diri aku. Jangan desperate sangat. Kalau betul sayang K, biarlah dia mencari sendiri. Allah beri dia rasa sayang dekat orang lain, itu yang terbaik untuk dia. Aku kena tahu yang Allah berikan yang terbaik untuk dia. AKu hanya boleh berdoa kalau dia betul untuk aku, Allah tunjukkan jalanNya. Dalam masa yang sama, aku rasa aku tak layak untuk dia. Aku kalau ingat balik kebodohan aku masa dengan dia, dia buat keputusan yang tepat. Buat masa sekarang, aku lost. AKu tahu aku tak layak untuk dia. Aku rasa diri aku terkapai2 kelemasan menunggu seseorang untuk tarik aku dari kegelapan ni.

I miss you K.

Tak ada satu hari pun tak teringat dekat dia. Memang rindu sangat. Apa khabar Kamal? Aku tak tahu apa yang Allah dah susun untuk aku. Siapa jodohku. Aku tak move on. Aku hanya teruskan saje hidup aku. Aku luahkan dekat Allah bila aku rindu dia. Apa yang Allah tahu dan aku tak tahu? Mencintai tapi tak boleh buat apa2. Mencintai dan terima dia untuk dia mencintai orang lain. kenapa aku masih terperangkap? Aku kalau boleh nak luahkan semuanya dekat dia. Aku masih try nak contact dia. Dia dah tak reply. Apa lagi yang aku tak faham? Aku ni degil kan? Masih nak orang yang dah buang kita dari hidup dia. Kenapa aku masih mengejar? Kenapa hati dia keras sangat?

Sudahkah aku menerima takdir?

21 Disember 2022. Dia tak wish pun. Aku masih delusional yang dia akan ingat, wish, datang balik dan semuanya akan kembali seperti sediakala. Aku nak cakap aku rindu, tapi aku rasa aku dah takde peluang tu. Aku memang dah tak ada peluang. Aku nak dia bahagia, but at the same time, aku nak dia bahagia dengan aku. Aku selfish. Dia menghilang. Mungkin dia nak move on. Dia ada masalah dia sendiri. Dia ada hidup dia sendiri. Dia tak nak tahu pasal aku lagi. Aku just harap dia bahagia. Aku remove dia kat twitter sebab dia tak kisah pun pasal aku dah. Dan aku masih nak attention dia, which is not healthy for me. Aku rindu dia. sangat. Apa patut aku buat ya Allah? Aku nak dia tahu aku masih sayang dia. Aku masih nak cuba perbaiki. Aku tahu dulu tu salah aku. Aku bodoh tak pandai mengawal emosi. Tapi bila dapat peluang, kau masih tak gunakan sebaiknya. Kau masih pertahankan diri kau. Arghhhhhh.

6 bulan

He came back. but wanted as friend only. He made it clear from the start. I miss him a lot. I cannot tell him straight away because he draws the line. sometimes rasa diri sendiri selfish. Am I wrong? why he didnt reply anymore to my last chat? entahlah. mungkin dia taknak ada attachment or he has someone already. kita memang dah excited dia datang balik dalam hidup kita. sekarang ni follow each other dekat twitter. is it the right thing to do? sebab kita tahu kita tak fully move on lagi macam dia. kita nak dia tahu kita sentiasa sayang dia, tapi kita tahu tak ada apa boleh diubah lagi. penatlah rasa ni. fikir nak block je dia kat twitter tu. but I dont want to lose him on 2nd time. it took all my pride by liking his tweet. kita just nak teruskan hidup macam biasa. kita dah survived 6 bulan tanpa dia. kena sedar yang kita tak mungkin dapat dia yang dulu. dia dah taknak kita. nak buat macam mana. dalam masa yang sama, kita masih tunggu dia reply. tapi tak boleh. dia memang dah anggap kawan dan taknak aku berharap lagi. kalau ikut checklist jodoh : Dia penuhi kriteria minima saya - insyaallah dia ada semua tu. Saya berkenan kepadanya - of course lah! Saya dan dia sekufu - rasanya ya Saya boleh menerima seadanya - sudah tentu Allah permudahkan urusan kami - Allah tahu sedangkan kami tidak tahu :) Mungkin Allah tahu apa yang terbaik untuk kami berdua.

2 bulan

Assalamualaikum. Hampir 3 bulan berlalu. Masa berlalu begitu pantas. Aku baru habis baca 3 halaman, tapi macam tak fokus. Aku rasa berdosa sebab tak fokus dalam beribadah. Tengah solat fikir, tengah baca quran masih berfikir2 lagi. Kebanyakan mengenai kisah cinta yang tak kesampaian. Yang menjadikan aku yang sekarang, yang mencari jalan yang terbaik untuk masa depan. Aku akan kembali ke sini bila ada masalah tentang hati. Ini kisah yang secara tiba-tiba. Tiba-tiba jatuh cinta, tiba-tiba dia pergi.  

Bukan mudah. Mencintai seseorang yang kita tak pernah jumpa. Tak tahu asal-usulnya. Tak tahu siapa kawan-kawannya. Siapa ahli keluarganya? Tapi Allah beri peluang kami berkenalan. Bercerita tentang diri masing-masing. He is a nice guy, tick most of my boxes. Mungkin dah lama rasa tak disayangi sebegitu sekali, we have planned everything drastically. Well, it also ended tragically. Ive said I want to get married by this year. I also already planned the date, 22.10.22. Sebab tarikh cantik. Well aku kan. Tak saboooo. Haha. Takut kehilangan.  

Komitmen dia memang A+. Bila orang tanya kenapa aku suka dia, sebab komitmen yang dia bagi. Pergi kerja wassep, time rehat wassep. Weekend on call, video call. At one point, he random called me. I REALLY LOVE RANDOM CALL. Means he needs me. He bought me a birthday gift. Actually, I gave him the hint and he understood the assignment. Memang aaaaaaaaaaa this guy was the best! He likes white t-shirt, He loves fruit cake, his fav colour navy blue, his fav brand Carhartt. Dia suka makan kat kedai mamak. Oh ya dia suka boxing. Like I know about this guy a lot kan. He loves to tell me story about him and his life. HE LOVES ABOUT COOKING! That is more important lah. I like cooking and baking but in my own kitchen lah. so I can relate a lot to him.  

How he looks like? Tak pernah jumpa. But dia ni kecik je. Maybe tinggi sama je dengan aku. and mata dia sepet!!!!! I like sepet guy lahhhhh!!!!!! Okay now I miss him :'(  

As we want to take a step further, we both have planned for our future. Ive agreed to follow him to live in KL. I also want to resign on my current job so this would be a great opportunity for me!!!! Ive already made budget on my financial, he already said how much he needs to prepare. He said okay. He works in Germany before going home for good by this month or next month, which I dont know whether he still stick to his plan or not. I dont share my financial status with him. I dont like to share about it. I just know that I know how to handle it, make a proper financial planning.  

Either Im not understand or he didn't understand me, he feels like I'm not as what he expected I should be. He took seriously on my jokes or reassurance. Isnt that needed to ask " do you love me?" or " do you miss me?" sometimes? The way he ask me "do you love me" by asking " do you wanna share the bills when we live together?" I was hesitate. He noticed that as I cant hide it. I said "ok" but the okay was not convincing enough for him. I just feel like I cant with my current financial situation. So Ive decided to clear up some commitment before getting married so I can help him. But he keep asking me the same question, my answer still the same. Because I rely on my current situation. Also Ive been thinking why would you ask me now? Of course I will help him. I already take the risk to love him, I also take the risk to be in ups and down with him.  

The root of our problem was we took on this serious matter too rush. Started from the marriage planning. It was my fault. We should meet first and see how it goes. We should get know each other more during this LDR time. An eye opener for me.  

It should be a discussion about our relationship. But I was being too emotional. Then, it became worst. It hurts so much. It changed me.  

It has been almost 3 months from that day. Means, been almost 3 months didnt talk to him, seeing his face.  

Allah really shows me everything what I should change in myself. There is no why anymore. Ive learned my mistakes.  

Now, it's either we're meant to be, or only a memory. But I pray only the best for him.  

Nak teruskan becerita, but I think I need to stop. Ive used up all my passion haha.  

To Muhammad Kamal, thank you.

Memories.

 Assalamualaikum and hi. 

Hari ni asyik teringat Hazzim. Patutnya melupakan. Tapi semakin merindui. Rindu yang sudah lagi tak terbalas. Tahu tak sayang tapi tak boleh bersama? Hendak menerima hakikat. Nak redha. Ujian ni amat perit bagi aku. Aku tahu salahnya aku. Terlalu ikutkan perasaan. Terus block. Tinggalkan tanpa kata2. Tak jaga hubungan dengan Allah. Aku rasa berdosa sangat. 

Doakan lah aku untuk terus kuat. Penat nak rasa semua ni. Setahun berlalu.