Ramadhan 2024
Aku mensia-siakan 2 hari Ramadhan... apa yang aku telah fikirkan?
itu yang betul2 tersia.. bagaimana dengan hari2 ramadhan yang lain?
banyak kali mahu berubah.. entahlah aku ni.. hati macam dah teruk sangat...
Ya Allah.. bagaimana aku nak menebus segala dosa ku ni? seperti tak habis2.. adakah doaku Kau terima?
Adakah kau masih mahu mengampuniku? Sesungguhnya imanku sememang lebih nipis dari kulit bawang..
Macam mana nak berubah menjadi hamba yang disayangi oleh Mu?
Macam mana nak jadi orang baik?
Aku nak rasa kemanisan Ramadhan ni... aku nak rasa ya Allah.. aku taknak sia-siakan..
Aku nak doaku kau terima
Ibadahku diterima olehMu..
Aku nak rasa kemanisan iman tu..
Aku nak hati yang tenang..
aku nak doa dimakbulkan oleh Mu..
Aku nak jadi yang terbaik..
Nak berubah.. nak jadi rajin
Nak menjadi manusia yang berguna.. ada empathy..
Ya Allah.. aku ingin dikelilingi dengan orang baik untuk bawa aku ke Jalan Mu..
Jika ada satu cara untuk aku buang memori dosa ni, bantulah aku Ya Allah..
Aku nak jadi yang terbaik untuk Mu.. aku nak Kau menyayangiku.. Teruslah menyayangiku ya Allah.. Sayangilah aku ya Allah..
Ampuni aku, segala dosaku..