Realisation.

Masa relationship dengan K, aku sedar aku tak jadi diri aku 100%. Aku banyak tak terus terang dengan dia. Aku tahu dia perasan benda tu, sebab tu dia rasa aku bukan lah perfect match untuk dia. Dia tanya kenapa aku pakai braces? aku jawab untuk confident.. confident?? hahahaa.. aku boleh je cakap yang gigi aku memang tak cantik dulu, senget benget.. gusi problem.. dia just nak tahu je... aku buat tauhu begedil.. dia tanya kenapa buat tauhu begedil tu.. aku jawab saje je.. saje je??? actually sebab dia cakap dia suka makan begedil dekat kedai mana tah.. lupa.. dengan tempe tak silap... hahahha aku tahu aku patut berterus terang je dengan dia.. aku patut build the trust between us.. sebagai insan yang banyak kelemahan.. banyak kena discuss dengan dia. banyak lah benda yang menyedarkan aku.. kerana K.. Orang yang aku inginkan jadi suami aku.. ilmu agamanya.. senyumannyaa.. Kalau K datang balik, kau nak dia? Semestinya.. jahat ek aku nak runtuhkan masjid orang... hahahha Maafkan aku ya Allah. Maafkan aku.

2024

Tak mudah nak melupakan K. Tak mudah nak terima. Ada saje perasaan datang bersilih ganti. Ujian hati. Tak sedar semua ni pinjaman dunia. 2 tahun menunggu. Menunggu K yang akhirnya bertunang dengan orang lain. Perit dia hanya tuhan sahaja tahu. Mungkin kifarah untukku yang banyak dosa.