Melepaskan kali ke sejuta

I'm trying to let go, finally. Panasnya hari ni. fuh. Hari ni aku on balik satu dating apps ni.. dan aku lihat dia dah tutup akaun tu. Dalam hati aku, dia dah ada someone ke? Hari ni aku berazam aku dah taknak tahu pasal dia. Aku nak buat benda sama yang dia buat dekat aku. Privatekan semua socmed. Aku nak betul2 lupakan dia walaupun aku rasa aku tak kuat pun. Aku unprivate semua pun sebab aku nak dia tengok. Sebab ada satu sisi aku ni aku nak share semua dengan dia Aku nak dia tahu apa aku buat.. walaupun dia tak tengok pun (dalam hati aku ni berharap nak dia tengok walaupun aku tak tahu) Aku tahu aku akan sayangkan Kamal sampai bila-bila Hanya Allah yang tahu. Allah yang tahu. Allah yang tahu. Kali ni aku taknak toleh ke belakang lagi. Kalau dia betul orangnya, Allah akan bawa dia kembali dalam hidup aku. Allah tahu. Allah tahu. Allah tahu. Sakit betul rasanya nak melepaskan sesuatu yang kita sayang. Dah nak 2 tahun menyimpan segala rasa. Ini jalan yang aku pilih, yakin Allah akan beri yang lebih baik. Sekarang fokus dengan diri aku, kerjaya aku. Try lah juga mencari. Allah pasti akan beri yang terbaik. Kalau dia datang balik, Allah punya kuasa. Akan ku hargai seutuhnya. Takkan ku ulangi perangai lama. Allah je tahu. Hanya padaMu sahaja ya Allah aku bermohon untuk segala yang terbaik.