Hai Assalamualaikum...
I dont know if there is anyone reading my blog.. if you read this, say hi okay haha.
It has been a year without him. How does it feels? hurmmm. I dont know. Im happy? I dont know. Ive been through a lot in this 1 year. There would be days I feel so numb. I miss him but actually I dont miss him.. like that maybe.. haha.
Aku sayang dia... tapi aku tak rasa dia untuk aku. Why aku putus? dia kan baik apa semua. apa masalah aku dengan dia? aku ke puncanya? kau dalam relationship tapi kau tak rasa dia ada dengan kau... sedih? ya. he said dia tak rasa bermakna. aku pun rasa yang sama. aku pun rasa aku tak bermakna untuk dia. mungkin cara aku luahkan kasar. emosi melebihi segalanya. aku yang minta putus. aku yang mulakan segalanya. mungkin kalau dia ada cakap dia sayang aku, aku kembali. tapi dia mungkin dah lama tawar hati. aku pun dah sama tawar hati. sayang tapi macam tak boleh pergi. takde bayangan untuk hidup berdua bersama. tak ada bayangan dia akan memperisterikan ku. aku menunggu sesuatu yang tidak pasti.
sudah tentu aku merayu untuk dia terima aku balik. berbulan lamanya. ayatnya sama sahaja, move on hanis. aku tahu kalau aku masih bersama dengan dia, perasaan nya dah tak sama. mencuba dan terus mencuba. aku bukan aku. bila aku ingat balik saat tu, rasa bodoh dan sedih. tepat 30 November, aku cakap, pergilah cari yang lain. live the life you want. aku juga cakap, aku sayang dia yang lama, aku masih bagi hint aku sayang dia. tapi dia block aku. itulah penghujungnya. itu last aku cakap. sebab aku terbaca satu post ni. luahkan segalanya dan lepaskan dia.
satu hari aku ternampak satu post kawan dia. masa tu memang terniat nak tahu pasal dia. kawan dia cakap dalam video tu, dia dah ada yang baru... paling sedih dalam hidup aku. tapi aku tahu eventually aku akan nampak dia dengan orang lain. dia berhak cari orang yang memahami dia. cuma aku sedih, akhirnya aku diganti.
aku sedih kisah cinta aku berakhir begini. tapi dia buat aku kembali kepada Tuhan. Alhamdulilah. aku agak alpa selama ni. aku lupa nak berdoa hubungan itu moga diredhai olehNya. jauh tersesat. kalau ini sebabnya aku kembali padaNya, pastinya ia terbaik. cuma kadang2 tak kuat, menangis sendiri teringatkan dia. teringat diperlakukan begitu.
kepada Mohd Hazzim, aku harap kau bahagia dengan orang yang kau pilih. yang memahami kau, yang dapat beri apa yang kau nak. doakan aku juga, jumpa kebahagiaan aku sendiri.hubungan kita berakhir tidaklah begitu baik. aku sayang kau, tapi kau bukan lah untuk aku.
terima kasih kawan2 yang sentiasa ada disisi. cuma kadang2 rindu nak ada tempat untuk meluah. untuk kongsi gelak tawa, kongsi kesedihan, gembira.
aku bukanlah pasangan yang baik. dan aku tahu juga, jodoh itu ada. Ajal juga pasti ada. tak tahu mana yang sampai dulu. haha. Yakinlah, Allah tahu apa yang kau perlukan. sabar, sabar, sabar.
Moga diri ini sentiasa kuat.
No comments:
Post a Comment