UiTM dihatiku

(This post in malay)

Hi Assalamualaikum. I baru sahaja lepas konvo few weeks ago for bachelor in accountancy, even though takdelah hebat mana, got second upper class, still grateful I can grad on time. So hard you know masa final semester, but I had a great time with my best friends and my classmates.

Im proud to be an alumni of uitm. Since diploma lagi I feel so grateful I choose uitm eventhough mulanya rasa nak menangis sebab kawan2 pergi matrik. I call my mak, I said I got matrik but I dah masuk uitm pun that time, and tahu pun lambat so better belajar je dekat uitm.

Uitm je ke???!! Haah uitm. Namanya takdelah semegah um, ukm ke tapi uitm banyak bagi pengalaman dan kenangan. Dan jugak cinta. Ehe. Time diploma is the best one. Belajar dekat segamat, hutan tu tapi banyak aku belajar dekat situ. Aku masuk kawad, hidup dekat kolej, kawan2 and makanan yang sedap bangetttt! Mee goreng mamak dia the best dekat nr, tapi sekejap je pastu dah tutup. Ada pulak intan food court (ifc) siapa masuk situ mesti keluar ada bau makanan yang kitorang panggil "bau ifc" hahahahah. I duduk kolej intan so selalulah tunggu hazzim datang nak makan sama sama hihi. My bestfriends during diploma aira dengan nina. Classmates and actually kawan teknik. Tak rapat time teknik tapi uitm pertemukan kami dan sekelas. Aira dengan perangai dia, nina dengan perangai dia. Sabo jelah. Hahahha. Tapi nina sem akhir dia pergi kastam. So tinggal berdua untuk harungi sem last tu. I love uitm segamat so much. Tempat jatuh bangun, tempat bergelak, tempat belajar erti kehidupan, of coz mendapat diploma first class tapi tak anc. Takde rezeki orang kata. Aku memang jenis mengingati kenangan dan menghargainya. Sedih bila zaman tu berakhir, tapi sememangnya kita memang hidup dengan kenangan :)

In 2014, I sambung belajar dekat uitm puncak alam for my bachelor. Terpisah dengan aira, tapi dapat kawan baru, yang jugak classmate diploma. Tak rapat pun, tapi degree lah yang membuatkan kami rapat, rapat yang bukan biashe biashe. First sem aku duduk kolej casuarina, housemate aku semua baik2, ada satu bilik tu memang tak bertegur. Then 2 sem kami duduk rumah sewa, baru kenal sikap masing2 bila duduk sama 24 jam. Itulah buat kami rapat. Aku pony sue and rahey. Berempat ke sana kemari. Belajar erti hidup, masak, beli barang dapur, hal2 rumah. Kami pun suka explore tempat kat selangor tu. Yelah orang jauh berjalan ajelah dekat tempat orang. Degree memang liku2 perjalanannya. Bersyukur sangat2 dapat grad on time. Alhamdulilah! Tak payah nak belajar maf 640 ya Allah susah giloooo! Kami akhiri degree kami dengan kenangan yang indah, yang aku takkan lupakan sampai bila bila. Bila fikir balik, kemana pun kami pergi gambar itu penting untuk dijadikan memori. Itu yang akan diingati.

Terima kasih uitm atas perjalanan yang indah ini. Masa amek skrol hari tu my lecturer sempat kenyit mata. Which means she still remember me. Masa dengar lagu uitm dihatiku, aku sebak. Aku bersyukur aku masuk uitm. Walaupun orang merendah-rendahkan uitm, aku tahu apa pengalaman aku. Aku tahu uitm banyak berjasa. Kekurangan tu kadang2 ingat kadang2 tak. Yang manis itu jugak lah yang mengukir senyuman. Terima kasih UiTM.